Selasa, 6 Mac 2012

Perbezaan di antara Frasa dan Klausa.


Frasa
Klausa
1.Intonasi - menurun di bahagian akhir.
1.Intonasi - Mendatar di bahagian akhir
2. Kedudukan kata nama ganti penunjuk   –“ini” dan “itu” diletakkan di bahagian akhir.
Contoh ayat
i. Rumah besar itu.
ii. Kucing kuning itu.
iii. Budak comel itu.

2. Kedudukan kata nama ganti penunjuk –“ini” dan” itu” diletakkan di tengah-tengah iaitu di antara subjek dan predikat.
Contoh ayat
i..Rumah itu besar.
ii. Kucing itu kuning.
iii.Budak itu comel.

DEFINISI PENGUJIAN DAN PENILAIAN


-Pengujian merujuk kepada keseluruhan proses yang terlibat di dalam mendapatkan bukti (evidence) keupayaan pelajar; daripada menentukan objektif pengujian, merangka soalan atau tugas, menjalankan ujian, memeriksa atau memberi markah termasuk melaporkan keputusan ujian kepada pihak-pihak yang terbabit (pelajar, pihak sekolah, pihak kementerian, ibu bapa dan lain-lain). Antara bentukbentuk pengujian termasuklah ujian bulanan, peperiksaan, pemerhatian, temuduga, portfolio serta tugasan-tugasan kelas yang diberi markah.
-penilaian merujuk kepada proses menghakimi sesuatu dengan tujuan untuk memberi nilai. Dengan maksud yang lebih mudah, seseorang akan menjalankan penilaian untuk melihat salah satu atau semua daripada perkara berikut: keberkesanan, kelancaran, fungsi dan operasi.
Pengujian Formal dan Tidak Formal

-Antara bentuk pengujian tidak formal ialah bertanya sama ada pelajar faham apa yang diajar, membaca isyarat tidak verbal pelajar untuk mengagak tahap pemahaman mereka, mengadakan sesi soal jawab dalam melihat penguasaan pelajar ataupun memeriksa latihan dan kerja rumah pelajar.

-Pengujian formal pula melibatkan pengujian rasmi yang dijalankan oleh guru atau pihak jawatankuasa pengujian di sekolah. Ianya formal kerana sejumlah masa khusus diperuntukkan untuk menjalankan ujian berkenaan, semua pelajar akan diuji mengikut prosedur yang telah ditetapkan, harus mempunyai matlamat dan objektif pengujian, melibatkan pemberian markah dan keputusan sesuatu pengujian perlu dilaporkan kepada pihak-pihak yang relevan.

Pengujian Formatif dan Pengujian Sumatif

-Pengujian formatif merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yang dijalankan pada bila-bila masa semasa tahun pembelajaran.

-pengujian sumatif pula merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yang dijalankan pada akhir tahun pembelajaran.

Senarai Aktiviti Inkuiri Penemuan


Aktiviti
Bahan/keadaan
Memerhati
Carta, spesimen,benda maujud, model situasi,proses.
Mengukur
Panjang, lebar, tinggi, dalam, diameter, perimeter, jarak,pepenjuru.
Menyukat
Isipadu, suhu.
Menimbang
berat
Melukis dan melabel
Gambar, gambarajah, peta, graf, pelan, carta.
Mendengar
Cerita, ucapan, laporan, radio, rakaman, syarahan,ceramah.
Membaca
Bahan-bahan bertulis dan cetakan
Menonton
Tayangan vedio, filem,slid, televesyen, pertunjukan, simulasi
Mencerita
Idea, masalah, sifat benda, keadaan, peristiwa
Menghurai
Prosedur, proses, pemerhatian
Menerang, bersoal jawab,berbincang
Kesan, sebab, akibat, situasi, proses, peristiwa
Memasang
Alat, radas, model
Membuat laporan
Hasil kajian,eksperemen, lawatan, pemerhatian
Menemubual
Tokoh, pakar, pekerja dan orang-orang lain.
Membuat rujukan
Bahan bacaan, spesimen, tokoh
Membuat lawatan
Ke tempat bersejarah, kawasan perusahaan, pameran, pertunjukan, ekspo, pusat pelancongan, tempat rekreasi, zoo, taman tanaman, ladang, hutan rimba, tasik dan lain-lain.
Merancang
Aktiviti pembelajaran
Membuat hipotesis
Berkenaan idea, kejadian,fenomena, masalah
Membuat eksperimen
Untuk mengumpul data, menjelaskan sifat dan fakta, mencari bukti konsep, prinsip dan teori
Membuat kajian
Semua situasi
Mengumpul data dan maklumat
Menggunakan berbagai-bagai cara
Permainan
Berdasarkan kepada konsep atau prinsip dengan menggunakan format seperti tangga-ular,teka-teki, silang kata, mencari benda tersembunyi, jigsaw dan lain-lain.
Melakon simulasi
Peristiwa, situasi dan kejadian.
Memeta
Taburan dan lokasi
Membuat model
Alatan, binaan bentuk bumi, rumah dan lain-lain.
Membanding
Objek, situasi, proses
Mengelas
Benda yang mempunyai persamaan dan perbezaan
Menjadual
Aktiviti, kepurusan, prosedur.
Menyenarai
Sifat, benda, langkah, aktiviti, contoh.
Menyusun
Benda dalam kumpulan atau kategori
Menganalisa/mentafsir
Data, maklumat
Membuat perkiraan
Berdasarkan data dan maklumat terkumpul
Membuat ramalan telahan
Cuaca, kejadian, peristiwa, kemungkinan
Menyelesaikan masalah
Isu, situasi
Membuat kesimpulan
Berdasarkan ujikaji, lawatan, kajian
Membuat generalisasi
Keputusan, Prinsip, hukum, teori

Kaedah Inkuiri Penemuan


Lima peringkat dalam proses Inkuiri Penemuan mengikut urutan.
1.     Mengenal pasti masalah.
                    masalah yang diberi oleh guru
                     masalah yang ditentukan oleh murid
                     topik yang ditetapkan oleh sukatan pelajaran
2.     Merancang cara penyelesaian,
                     meramal dan membuat hepotesis
                     berbincang
                     bersoal jawab
                     bertemubual/bertemuramah
                     arahan guru/rujukan
3.     Mengumpul maklumat,
                     memerhati
                     menyukat
                     berbincang
                     bertemubual
                     mencatat maklumat dan data/menjadualkan
                     membuat rujukan.
4.     Mengkaji maklumat terkumpul dan membuat
        analisis/membuat keputusan,
                     membincang
                     mengelas
                     menginterpretasi data
                     melukis graf
5.     Membuat rumusan.
                     membuat generalisasi
                     membuat rumusan
                     membuat penemuan