Selasa, 6 Mac 2012

DEFINISI PENGUJIAN DAN PENILAIAN


-Pengujian merujuk kepada keseluruhan proses yang terlibat di dalam mendapatkan bukti (evidence) keupayaan pelajar; daripada menentukan objektif pengujian, merangka soalan atau tugas, menjalankan ujian, memeriksa atau memberi markah termasuk melaporkan keputusan ujian kepada pihak-pihak yang terbabit (pelajar, pihak sekolah, pihak kementerian, ibu bapa dan lain-lain). Antara bentukbentuk pengujian termasuklah ujian bulanan, peperiksaan, pemerhatian, temuduga, portfolio serta tugasan-tugasan kelas yang diberi markah.
-penilaian merujuk kepada proses menghakimi sesuatu dengan tujuan untuk memberi nilai. Dengan maksud yang lebih mudah, seseorang akan menjalankan penilaian untuk melihat salah satu atau semua daripada perkara berikut: keberkesanan, kelancaran, fungsi dan operasi.
Pengujian Formal dan Tidak Formal

-Antara bentuk pengujian tidak formal ialah bertanya sama ada pelajar faham apa yang diajar, membaca isyarat tidak verbal pelajar untuk mengagak tahap pemahaman mereka, mengadakan sesi soal jawab dalam melihat penguasaan pelajar ataupun memeriksa latihan dan kerja rumah pelajar.

-Pengujian formal pula melibatkan pengujian rasmi yang dijalankan oleh guru atau pihak jawatankuasa pengujian di sekolah. Ianya formal kerana sejumlah masa khusus diperuntukkan untuk menjalankan ujian berkenaan, semua pelajar akan diuji mengikut prosedur yang telah ditetapkan, harus mempunyai matlamat dan objektif pengujian, melibatkan pemberian markah dan keputusan sesuatu pengujian perlu dilaporkan kepada pihak-pihak yang relevan.

Pengujian Formatif dan Pengujian Sumatif

-Pengujian formatif merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yang dijalankan pada bila-bila masa semasa tahun pembelajaran.

-pengujian sumatif pula merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yang dijalankan pada akhir tahun pembelajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan