Frasa | Klausa |
1.Intonasi - menurun di bahagian akhir. | 1.Intonasi - Mendatar di bahagian akhir |
2. Kedudukan kata nama ganti penunjuk –“ini” dan “itu” diletakkan di bahagian akhir. Contoh ayat i. Rumah besar itu. ii. Kucing kuning itu. iii. Budak comel itu. | 2. Kedudukan kata nama ganti penunjuk –“ini” dan” itu” diletakkan di tengah-tengah iaitu di antara subjek dan predikat. Contoh ayat i..Rumah itu besar. ii. Kucing itu kuning. iii.Budak itu comel. |
Selasa, 6 Mac 2012
Perbezaan di antara Frasa dan Klausa.
DEFINISI PENGUJIAN DAN PENILAIAN
-Pengujian merujuk kepada keseluruhan proses yang terlibat di dalam mendapatkan bukti (evidence) keupayaan pelajar; daripada menentukan objektif pengujian, merangka soalan atau tugas, menjalankan ujian, memeriksa atau memberi markah termasuk melaporkan keputusan ujian kepada pihak-pihak yang terbabit (pelajar, pihak sekolah, pihak kementerian, ibu bapa dan lain-lain). Antara bentukbentuk pengujian termasuklah ujian bulanan, peperiksaan, pemerhatian, temuduga, portfolio serta tugasan-tugasan kelas yang diberi markah.
-penilaian merujuk kepada proses menghakimi sesuatu dengan tujuan untuk memberi nilai. Dengan maksud yang lebih mudah, seseorang akan menjalankan penilaian untuk melihat salah satu atau semua daripada perkara berikut: keberkesanan, kelancaran, fungsi dan operasi.

Pengujian Formal dan Tidak Formal
-Antara bentuk pengujian tidak formal ialah bertanya sama ada pelajar faham apa yang diajar, membaca isyarat tidak verbal pelajar untuk mengagak tahap pemahaman mereka, mengadakan sesi soal jawab dalam melihat penguasaan pelajar ataupun memeriksa latihan dan kerja rumah pelajar.
-Pengujian formal pula melibatkan pengujian rasmi yang dijalankan oleh guru atau pihak jawatankuasa pengujian di sekolah. Ianya formal kerana sejumlah masa khusus diperuntukkan untuk menjalankan ujian berkenaan, semua pelajar akan diuji mengikut prosedur yang telah ditetapkan, harus mempunyai matlamat dan objektif pengujian, melibatkan pemberian markah dan keputusan sesuatu pengujian perlu dilaporkan kepada pihak-pihak yang relevan.
Pengujian Formatif dan Pengujian Sumatif
-Pengujian formatif merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yang dijalankan pada bila-bila masa semasa tahun pembelajaran.
-pengujian sumatif pula merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yang dijalankan pada akhir tahun pembelajaran.

Senarai Aktiviti Inkuiri Penemuan
Aktiviti | Bahan/keadaan |
Memerhati | Carta, spesimen,benda maujud, model situasi,proses. |
Mengukur | Panjang, lebar, tinggi, dalam, diameter, perimeter, jarak,pepenjuru. |
Menyukat | Isipadu, suhu. |
Menimbang | berat |
Melukis dan melabel | Gambar, gambarajah, peta, graf, pelan, carta. |
Mendengar | Cerita, ucapan, laporan, radio, rakaman, syarahan,ceramah. |
Membaca | Bahan-bahan bertulis dan cetakan |
Menonton | Tayangan vedio, filem,slid, televesyen, pertunjukan, simulasi |
Mencerita | Idea, masalah, sifat benda, keadaan, peristiwa |
Menghurai | Prosedur, proses, pemerhatian |
Menerang, bersoal jawab,berbincang | Kesan, sebab, akibat, situasi, proses, peristiwa |
Memasang | Alat, radas, model |
Membuat laporan | Hasil kajian,eksperemen, lawatan, pemerhatian |
Menemubual | Tokoh, pakar, pekerja dan orang-orang lain. |
Membuat rujukan | Bahan bacaan, spesimen, tokoh |
Membuat lawatan | Ke tempat bersejarah, kawasan perusahaan, pameran, pertunjukan, ekspo, pusat pelancongan, tempat rekreasi, zoo, taman tanaman, ladang, hutan rimba, tasik dan lain-lain. |
Merancang | Aktiviti pembelajaran |
Membuat hipotesis | Berkenaan idea, kejadian,fenomena, masalah |
Membuat eksperimen | Untuk mengumpul data, menjelaskan sifat dan fakta, mencari bukti konsep, prinsip dan teori |
Membuat kajian | Semua situasi |
Mengumpul data dan maklumat | Menggunakan berbagai-bagai cara |
Permainan | Berdasarkan kepada konsep atau prinsip dengan menggunakan format seperti tangga-ular,teka-teki, silang kata, mencari benda tersembunyi, jigsaw dan lain-lain. |
Melakon simulasi | Peristiwa, situasi dan kejadian. |
Memeta | Taburan dan lokasi |
Membuat model | Alatan, binaan bentuk bumi, rumah dan lain-lain. |
Membanding | Objek, situasi, proses |
Mengelas | Benda yang mempunyai persamaan dan perbezaan |
Menjadual | Aktiviti, kepurusan, prosedur. |
Menyenarai | Sifat, benda, langkah, aktiviti, contoh. |
Menyusun | Benda dalam kumpulan atau kategori |
Menganalisa/mentafsir | Data, maklumat |
Membuat perkiraan | Berdasarkan data dan maklumat terkumpul |
Membuat ramalan telahan | Cuaca, kejadian, peristiwa, kemungkinan |
Menyelesaikan masalah | Isu, situasi |
Membuat kesimpulan | Berdasarkan ujikaji, lawatan, kajian |
Membuat generalisasi | Keputusan, Prinsip, hukum, teori |
Kaedah Inkuiri Penemuan
Lima peringkat dalam proses Inkuiri Penemuan mengikut urutan.
1. Mengenal pasti masalah.
masalah yang diberi oleh guru
masalah yang ditentukan oleh murid
topik yang ditetapkan oleh sukatan pelajaran
2. Merancang cara penyelesaian,
meramal dan membuat hepotesis
berbincang
bersoal jawab
bertemubual/bertemuramah
arahan guru/rujukan
3. Mengumpul maklumat,
memerhati
menyukat
berbincang
bertemubual
mencatat maklumat dan data/menjadualkan
membuat rujukan.
4. Mengkaji maklumat terkumpul dan membuat
analisis/membuat keputusan,
membincang
mengelas
menginterpretasi data
melukis graf
5. Membuat rumusan.
membuat generalisasi
membuat rumusan
membuat penemuan
Langgan:
Catatan (Atom)