Khamis, 28 Mac 2013

Penjodoh Bilangan


Baris
Benda-benda atau manusia yang berbaris secara berderet seperti kerusi, meja, orang, pokok, kedai, ayat, askar , murid sekolah, dan sebagainya.
Batang
Benda lurus, panjang atau pendek, serta keras seperti sungai, pensel, kapur, lilin, tongkat, galah, gigi, pen, tiang, jalan, dan sebagainya.
Bentuk
Benda kecil yang bentuknya berkeluk atau melengkung seperti cincin, mata kail, subang dan sebagainga.
Berkas
Benda yang diikat bersama-sama atau sekumpul seperti kayu api, rotan, lidi, buluh, dan sebagainya.
Bidang
Benda luas, terbentang luas, rata atau lebar seperti tikar, permaidani, layar, sawah, tanah, kebun, kain khemah dan sebagainya.
Biji
Benda kecil, bulat, dan seakan-akan bulat seperti pinggan, periuk, cawan, gelas, telur, ketupat, batu, guli, besen, belon serta buah-buahan dan sayur-sayuran seperti labu, tomato, manggis dan sebagainya
Bilah
Benda tajam, runcing seperti pisau, jarum, golok, tombak, parang, lembing, kapak, gunting, sabit, keris, gergaji, pedang dan sebagainya.
Buah
Benda padu yang bentuk atau jenisnya tidak tentu seperti meja, rumah, kereta, komputer, negeri, negara, kamera, bangku, mesin pencetak, buku, kotak, dan sebagainya.
Buku
Benda yang keadaannya berketul, berbongkah, atau berbungkal seperti benang, keju, roti, sabun dan sebagainya.
Bungkus
Benda yang dalam keadaan berbungkus seperti roti, nasi , keropok, kacang dan sebagainya.
Butir
Benda yang kecil dan bulat seperti peluru, permata, manik, mutiara,  padi, beras dan sebagainya.
Cebis
Benda yang dikoyakkan, dipotong kecil-kecil dan mempunyai saiz yang lebih kecil seperti kain, kertas, dan sebagainya.
 Cubit
Benda yang diambil sedikit dengan jari seperti seperti garam, gula, kunyit dan sebagainya.
Cucuk
Benda yang dicucuk dengan lidi seperti sate, buah-buahan, bebola ikan dan sebagainya.
Das
Bunyi tembakan, letupan seperti pistol, senapang, meriam, dan sebagainya.
Deret
Benda-benda yang tersusun, bersambung, atau dalam barisan seperti rumah, kedai, bangunan, kereta dan sebagainya.
Ekor
Semua jenis binatang seperti lembu, kucing, ikan, burung, rusa, semut, cacing, bokbong dan sebagainya.
Gelung
Benda yang panjang atau tajam serta berlingkar dan bergulung seperti dawai, tali, rotan, wayar, dan sebagainya
Gemal
Benda yang dapat digenggam serta diberkas seperti lidi, anak padi, serai, dan sebagainya.
Gerombolan
Kumpulan orang jahat seperti perompak, pengganas, penyamun, penjenayah, pencuri, lanun dan sebagainya.
Gugus
Buah-buahan atau benda yang berangkai seperti anggur, langsat, rambai, pinang, kunci, pulau dan sebagainya.
Gulung
Benda yang panjang dan bergulung seperti filem, sijil, kertas, permaidani, tikar dan sebagainya.
Gumpal
 Benda yang bergumpal seperti awan, kapas, kekabu, tembakau, tanah, benang, rambut, dan sebagainya.
Helai
Benda nipis, lembut, serta lebar seperti kertas, baju, seluar,  kain, sejadah, tuala dan sebagainya.
Hidang
Makanan yang dihidang seperti lauk, kuih, nasi, buah-buahan, dan sebagainya.
Hiris
Benda yang telah dihiris atau dipotong nipis-nipis seperti bawang, halia, lada, timun, daging dan sebagainya.
 Ikat
Benda-benda yang diikat seperti sayur-sayuran, kayu, lidi, dan sebagainya.
Jambak
Sesuatu ikatan atau karangan bunga.
Kaki
Benda yang berkaki atau bertangkai seperti payung dan cencawan.
Utas
Benda yang panjang dan berangkai seperti rantai, tali, dawai, jam tangan dan sebagainya
Urat
Benda halus dan panjang sepert  rambut , benang, gelang getah dan sebagainya.
Untai
Benda berangkai atau di cucuk seperti , kalung, mercun, gelang dan sebagainya.
Ulas
Isi buah-buahan yang berulas seperti durian, nangka, cempedak, limau , manggis, langsat, dan sebagainya.
Tongkol
Tumbuhan yang buahnya bertongkol seperti jagung .
Titik
Cecair yang menitik  atau berbentuk titisan seperti air, darah, dakwat, embun, cat ,minyak dan sebagainya.
Timbun
Benda yang bertimbun seperti seperti pasir, tanah, batu, sampah, dan sebagainya
Teguk
Minuman yang dihirup
Tangkai
Benda yang bertangkai seperti buah, bunga, padi dan sebagainya.
Tandan
Buah-buahan yang bergugus atau bertandan seperti pisang, kelapa sawit, kelapa, nipah, kabung, dan sebagainya.
Sikat/sisir
Benda yang bergugus dan berbentuk sikat seperti pisang
Kalung
Benda yang berangkai seperti bunga, manik, mutiara, dan sebagainya.
Kandang
Kumpulan binatang di dalam kandang seperti kambing, lembu, biri-biri, kerbau dan sebagainya.
Kawan
Kumpulan haiwan yang hidupnya bergerak berkawan-kawan seperti burung, gajah, kuda, lebah, merpati dan sebagainya
Kayu
Benda yang banyak serta bergulung seperti kain , kertas dan sebagainya.
Kepal
Benda yang boleh dikepal atau disukat dengan genggaman seperti nasi, tanah, pulut, dan sebagainya.
Keping
Benda yang rata, nipis, pipih, lebar, serta leper seperti roti, gambar, papan, poskad, biskut, marmar, dan sebagainya.
Kepul
Benda yang bergumpal seperti awan, asap dan sebagainya
Ketul
Benda yang berketul-ketul dan padu seperti daging,  batu, arang, ais, tulang, sabun, dan sebagainya
Lingkar
Benda dalam keadaan bergulung seperti ular, rotan, ubat nyamuk, wayar dan sebagainya.
Naskhah
Bahan bercetak seperti surat khabar, majalah, skrip, buku dan sebagainya
Orang
Untuk manusia seperti gadis, posmen, doktor , angkasawan, guru, pengemis, dan sebagainya
Pasang
Benda yang berpasangan atau dalam bilangan dua seperti anting-anting,  kasut, stokin dan sebagainya.
Pasukan
Kumpulan orang yang berpakaian seragam seperti polis, bomba, pengakap, pemain bola dan sebagainya
Potong
Benda yang telah di potong seperti daging, roti, kuih, kek, ayat dan sebagainya
Pucuk
Untuk surat, rebung, jarum dan senjata api seperti pi
Puntung
Untuk bahagian atau  sebahagian benda yang masih menyala atau terbakar seperti kayu  api, rokok, dan sebagainya
Rangkap
Untuk puisi atau tulisan yang berangkap seperti pantun, syair, sajak, dan sebahaginya
Rawan
Benda yang bersirat, halus, dan labuh seperti jala, pukat, jaring sarang labah-labah dan sebagainya.
 Relung
Ukuran untuk tanah , sawah, bendang, dan sebagainya.
Ruas
Benda yang beruas-ruas seperti tebu, rotan, buluh, jari dan sebagainya.
Rumpun
Pokok-pokok yang tumbuh berumpun atau berkelompok seperti buluh, pandan, lalang, padi, serai, tebu dan sebagainya.

Kaedah Dalam Pengajaran Kesusasteraan Melayu


1) Kaedah Struktural
Pengajaran sastera melalui kaedah ini bermaksud mengajarkan elemen-elemen yang membangun karya sastera. Karya sastera seperti novel, drama, hikayat, cerita rakyat dan cerpen diajarkan melalui pembicaraan tentang elemen-elemen seperti watak dan perwatakan yang sering dibahagikan kepada watak protagonis, antagonis, neutral, watak pipih, watak bulat dan sebagainya; latar cerita seperti latar tempat, latar peralatan, latar budaya, dan latar waktu; jenis sudut pandangan pencerita yang terbahagi kepada sudut pandangan pencerita, sudut pandangan watak, sudut pandangan kamera dan sudut pandangan bawah sedar;  sifat sudut pandangan seperti maha tahu, tahu terhad, dan jahil; jenis perbualan seperti dialog, monolog, multilog; teknik penceritaan seperti imbas muka, imbas kembali; jenis plot seperti kronologi, antikronologi, plot mudah, plot kompleks dan tanpa plot; dan isi karya sastera, iaitu persoalan, tema, pengajaran dan nilai.  Kaedah ini melihat semua unsur yang terdapat dalam karya sastera namun tidak terlalu mendalam dari segi jangkauan penjelasannya. Jika ingin melihat sesuatu unsur dengan lebih mendalam, maka kaedah berfokus digunakan.
2) Kaedah Mengalami dan Menghayati
Kaedah ini lebih mengutamakan kemampuan untuk menikmati karya sastera. Mengajarkan karya sastera menggunakan kaedah ini lebih mementingkan kebolehan pelajar-pelajar untuk mengalami dan menghayati unsur-unsur yang terkandung dalam karya sastera. Melalui kaedah ini, karya puisi atau sajak dinikmati dengan cara mendeklamasinya. Perwatakan watak difahami lalu dilakonkan melalui aktiviti lakonan, drama atau improvisasi. Karya sastera seperti pantun pula boleh digunakan dalam aktiviti berbalas pantun atau dinyanyikan mengikut irama-irama tertentu seperti joget, japin, dangdut dan yang bersesuaian
3) Kaedah Berfokus
Kaedah ini cenderung membicarakan karya sastera secara terperinci. Untuk memenuhi keperluan ini, kaedah ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk dijadikan fokus pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, aspek penggunaan bahasa dalam dialog boleh dijadikan sebagai fokus utama manakala aspek watak dan perwatakan pula boleh dijadikan fokus sampingan. Melalui kaedah ini, pengajaran boleh terdiri daripada satu fokus utama; satu fokus utama dan satu fokus sampingan; atau satu fokus utama dan pelbagai fokus sampingan.

Isnin, 25 Mac 2013

Akronim


Akronim ialah bentuk kata tunggal yang terjadi atau terbentuk daripada huruf-huruf pertama atau suku kata, ataupun bahagian-bahagian daripada perkataan-perkataan lain. Gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata ditulis serta dilafazkan sebagai satu kata yang wajar.
Dalam bahasa Melayu, akronim tergolong ke dalam kata tunggal walaupun terbentuk daripada percantuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan atau percantuman bahagian-bahagian daripada beberapa patah perkataan.  Pembentukan akronim tidaklah seperti pembentukan kata-kata tunggal yang lain.
Dalam bahasa Melayu, terdapat empat jenis akronim iaitu :-
1. Pencantuman huruf awal perkataan- ditulis dengan huruf besar
Contohnya :-
Akronim
Perkataan Asalnya
Nota
ABIM
Angkatan Belia Islam Malaysia
Ejaan huruf besar semuanya bagi nama khas yang terbentuk daripada huruf awal perkataan asal.
LUTH
Lembaga Urusan Tabung Haji
PERKIM
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
BAKAT
Badan Kebajikan Angkatan Tentera
UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia
IPTAA
Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan
PKNK
Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang

2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan- Ditulis bermula dengan huruf besar Contohnya
Akronim
Perkataan Asalnya
Nota
Intan
Institut Tadbir Awam
Ejaan bermula dengan huruf besar bagi nama khas yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf awal perkataan asal.
Bernama
Berita Nasional Malaysia
Mara
Majlis Amanah Rakyat
Proton
Perusahaan Automobil Nasional
Perhilitan
Perlindungan Liar Taman Ngara
3. Cantuman suku kata awal perkataan-ditulis dengan huruf kecil dan bukan nama khas. Contoh:-
Akronim
Perkataan Asalnya
Nota
cerpen
cerita pendek
 Huruf kecil bagi nama am apabila terbentuk daripada gabungan huruf-huruf awal perkataan asal.
kugiran
kumpulan gitar rancak
pawagam
panggung wayang gambar
purata
pukul rata
tadika
taman didikan kanak-kanak
4.. Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan yang mengikuti. Contohnya :-
Akronim
Perkataan Asalnya
Nota
angkubah
angka ubah
.
asbut
asap sabut
debunga
debu bunga
hakis
habis kikis
jaluran
jalan lurah
jenama
jenis nama


Nilai-Nilai Murni


BAIK HATI
  -  Belas kasihan (Bersimpati terhadap kesesusahan orang lain)
  -  Bertimbang rasa (Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain
     apabila membuat sesuatu tindakan)
  -  Murah hati (Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang
     memerlukannya)
  -  Saling memahami (Sanggup memberi dan menerima pandangan serta
     memahami perasaan dan keperluan masing-masing)
  -  Saling bermaafan (Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan)

  BERDIKARI
  -  Berupaya bertindak sendiri (Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa
     mengharapkan orang lain)
  -  Yakin pada diri sendiri (Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup
     mencuba)

  HEMAH TINGGI
  -  Kesopanan (Berbudi bahasa dan beradab dalam  pergaulan)
  -  Mengakui kesalahan sendiri (Sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup
     menerima nasihat)
  -  Ramah mesra (Sedia bergaul mesra dengan semua orang)

  HORMAT-MENGHORMATI
  -  Ibu bapa (Memuliakan dan mentaati ibu bapa)
  -  Ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga
     dan pemimpin (menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut
      dengan memberi   layanan yang baik)
  -  Institusi kerajaan dan Negara (Menerima dan hormat kepada kerajaan        
     serta lambang-lambang kebesaran negeri)
  -  Kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan (Menghormati              
     kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia)
  -  Patuh kepada undang-undang negara (Mematuhi undang-undang yang telah
     ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada)
  -  Patuh kepada ketepatan masa (Menepati waktu dan menggunakan masa
     dengan berfaedah)

  KASIH SAYANG
  -  Sayang diri sendiri dan orang lain (Menyayangi diri sendiri dan orang lain)
  -  Sayang akan alam sekitar (Memelihara dan memulihara  kehidupan flora
     dan fauna untuk kesejahteraan hidup)

  KEADILAN
  -  Adil (Membuat pertimbangan secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian)
  -  Saksama (Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama
     ada dalam memberikan ganjaran atau hukuman)

  KEBEBASAN
  -  Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan
     undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti,
     masyarakat, negara dan agama

  KEBERANIAN
  -  Berani mencuba (Berani melakukan sesuartu perkara yang baru dan
     mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil risiko
     yang akan dihadapi)
  -  Berani kerana benar (Berani mempertahankan sesuatu yang diakui
     sebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata)

  KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
  -  Kebersihan diri (Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu
     untuk hidup sihat)
  -  Kebersihan persekitaran (Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan
     bebas daripada kekotoran dan pencemaran)
  -  Kebersihan mental (Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu
     diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain)

  KEJUJURAN
  -  Amanah (Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan
     dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain)
  -  Bercakap benar (Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah
     atau berselindung)
  -  Ikhlas (Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan)      
  KERAJINAN
  -  Daya usaha (Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan
     inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.)
  -  Dedikasi (Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara
     yang berfaedah)

  KERJASAMA
  -  Gotong-royong (Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan
     sukarela)
  -  Toleransi (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkan
     berlakunya perselisihan)
  -  Perpaduan  (Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga,
     masyarakat, negara dan antarabangsa)

  KESEDERHANAAN
  -  Pertuturan dan perlakuan yang sederhana (Bertutur dan berkelakuan yang
     tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan
     kemarahan orang lain)
  -  Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan       
     orang lain (Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya Memuaskan diri
     sendiri dan orang lain)

  KESYUKURAN
  -  Berterima kasih (Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan
     penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan dan pemberian)

  PATRIOTISME
  -  Semangat cintakan negara (Mempunyai semangat yang tinggi untuk menjaga
     keselamatan, nama baik negara)

  RASIONAL
  -  Membuat pertimbangan (Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu
     perkara sebelum membuat keputusan)

  SEMANGAT BERMASYARAKAT
  -  Bermuafakat (Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu
     pekerjaan bagi kepentingan bersama)
  -  Kejiranan (Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama
     dengan jiran tetangga)
  -  Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat (Menyedari masalah
     masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya)