1) Kaedah
Struktural
Pengajaran sastera melalui kaedah ini bermaksud mengajarkan elemen-elemen
yang membangun karya sastera. Karya sastera seperti novel, drama, hikayat,
cerita rakyat dan cerpen diajarkan melalui pembicaraan tentang elemen-elemen
seperti watak dan perwatakan yang sering dibahagikan kepada watak protagonis,
antagonis, neutral, watak pipih, watak bulat dan sebagainya; latar cerita
seperti latar tempat, latar peralatan, latar budaya, dan latar waktu; jenis
sudut pandangan pencerita yang terbahagi kepada sudut pandangan pencerita,
sudut pandangan watak, sudut pandangan kamera dan sudut pandangan bawah
sedar; sifat sudut pandangan seperti
maha tahu, tahu terhad, dan jahil; jenis perbualan seperti dialog, monolog,
multilog; teknik penceritaan seperti imbas muka, imbas kembali; jenis plot
seperti kronologi, antikronologi, plot mudah, plot kompleks dan tanpa plot; dan
isi karya sastera, iaitu persoalan, tema, pengajaran dan nilai. Kaedah ini melihat semua unsur yang terdapat
dalam karya sastera namun tidak terlalu mendalam dari segi jangkauan
penjelasannya. Jika ingin melihat sesuatu unsur dengan lebih mendalam, maka
kaedah berfokus digunakan.
2) Kaedah Mengalami dan Menghayati
Kaedah ini lebih mengutamakan kemampuan untuk menikmati karya sastera.
Mengajarkan karya sastera menggunakan kaedah ini lebih mementingkan kebolehan
pelajar-pelajar untuk mengalami dan menghayati unsur-unsur yang terkandung
dalam karya sastera. Melalui kaedah ini, karya puisi atau sajak dinikmati
dengan cara mendeklamasinya. Perwatakan watak difahami lalu dilakonkan melalui
aktiviti lakonan, drama atau improvisasi. Karya sastera seperti pantun pula
boleh digunakan dalam aktiviti berbalas pantun atau dinyanyikan mengikut irama-irama
tertentu seperti joget, japin, dangdut dan yang bersesuaian
3) Kaedah Berfokus
Kaedah ini cenderung membicarakan karya sastera secara terperinci. Untuk
memenuhi keperluan ini, kaedah ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk
dijadikan fokus pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, aspek penggunaan
bahasa dalam dialog boleh dijadikan sebagai fokus utama manakala aspek watak
dan perwatakan pula boleh dijadikan fokus sampingan. Melalui kaedah ini,
pengajaran boleh terdiri daripada satu fokus utama; satu fokus utama dan satu
fokus sampingan; atau satu fokus utama dan pelbagai fokus sampingan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan