Sabtu, 4 Disember 2010

Kata nafi

Menurut  Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 249)
 kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, 
iaitu Frasa Nama, Frasakerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama. 
Ada dua bentuk kata nafi, iaitu bukan dantidak.
Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan atau 
menidakkan sesuatu Sullaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor, 2002 : 67).  
Kata nafi terdiri daripada bukan, tidak dan jangan.
Kata nafi bukan boleh menjadi unsur nafi biasa frasa nama dan
 frasa sendi nama. Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan
 frasa adjektif.(Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 249).
 
Kata Nafi Penggunaan
bukan Menafikan kata ganti nama, frasa nama dan frasa kerja
tidak Menafikan frasa kerja dan frasa adjektif
jangan larangan.
Contoh Ayat Larangan
1.    Dia bukan murid di sekolah ini.
2.    Idah tidak pandai memasak kari ayam
3.    Jangan membuang sampah-sarap di merata tempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan