Sabtu, 4 Disember 2010

Kata Pemeri

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et.al: 2004:250), 
kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal / perangkal dengan
 frasa-frasa utama dalam predikat. Penggunaan kata pemeri ialah 
di hadapan frasa nama dan kata pemeri di hadapan frasa adjektif 
dan frasa sendi nama. Kata pemeri menceritakansubjek atau kata yang 
menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
Kata pemeri "ialah" menghubungkan subjek dengan frasa nama. Contohnya,
1. Binatang yang paling saya sayangi ialah kucing
2. Bangunan yang tinggi itu ialah Bangunan Bank Negara.
Kata pemeri "adalah" menghubungkan subjek dengan frasa adjektif 
atau frasa sendi nama
contohnya,
1. Bunga mawar ini adalah daripada murid-murid Tingkatan Dua Seroja.
2. Kain ini adalah tebal tetapi mahal.
3. Bungkusan ini adalah untuk anak-anak di rumah yatim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan