Selasa, 6 Mac 2012

Jenis-Jenis Makna

Makna terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu:-
i.              Makna denotatif/ tersurat
ii.            Makna konotatif/tersirat
iii.           Makna afektif
iv.           Makna emotif
v.            Makna luas
vi.           Makna sempit
vii.          Makna gaya
viii.        Makna tekanan

i.Makna denotatif/ tersurat
Makna denotatif ialah makna yang tersurat/ makna umum/ makna leksikal atau makna kamus. Makna deotatif ini juga merupakan makna yang sesuai dengan rujukan atau pemerhatian alat indera atau makna yang nyata.
Contoh ayat-
Buaya yang mengganas itu telah ditangkap.
Buaya dalam ayat itu bermaksud sejenis binatang buas yang tinggal di dalam air, tetapi boleh juga naik ke darat.

ii.Makna Konotatif
Makna konotatif ialah makna tersirat . Lebih mengutamakan nilai komunikatif  rujukan penutur berdasarkan konteks.
Contoh ayat:-
  Jangan percaya sangat kata-kata Imran kerana dia itu buaya.
Buaya alam ayat tersebut ialah seorang lelaki yang suka memujuk dan menipu perempuan.

iii. Makna Efektif
Makna efektif ialah makna yang muncul akibat reaksi pendengar atau pembaca terhadap penggunaan kata atau kebalikan daripada apa yang disebutkan.
Contoh:-
Perkataan teratak, pondok, rumah yang sepertinya dalam makna efektif ialah orang yang mengujarkan perkataan ini ingin merendah diri.

iv.Makna emotif
Makna emotif ialah makna yang sama tetapi berbeza nilai rasa bahasanya. Contohnya perkataan meninggal dunia, mangkat, wafat, mampus dan kajol adalah makna emotif. Kesemua contoh di atas mendukun erti mati. Penggunaan perkataan yang berbeza ini boleh menimbulkan nilai yang berbeza.
v. Makna luas
Makna luas ialah makna yang terkandung dalam sesuatu perkataan iaitu lebih luas dari makna sebenar.
Contoh;
Universiti ialah institusi pengajian tinggi tempat mempelajari pelbagai bidang ilmu dan kajian ilmiah. Makna luas universiti merangkumi pelbagai aspek seperti profesor, bilik kuliah, pensyarah dan mahasiswa.

vi. Makna Sempit
Makna sempit ialah makna yang terkandung dalam perkataan tersebut semata-mata.
Contoh:-
Siku Aliah luka semasa terjatuh tadi.
Anggota badan yang luka tidak melibatkan anggota badan Aliah yang lain, hanya pada bahagian siku sahaja.

vii.Makna Gaya
Makna gaya ialah perkataan khas yang selalu dikemukakan oleh seseorang pengarang dalam karyanya.
Contoh:-
Gaya penulisan Shahnon Ahmad boleh dikenali, misalnya beliau gemar menggunakan dialek Kedah dalam penulisannya.

viii. Makna Tekanan
Makna tekanan ialah makna yang diberi penekanan semasa ujaran. Perkataan itu mewakili makna utama dalam keseluruhan ujaran tersebut.
Contoh:
Amira MELAHIRKAN bayi perempuan.
Amirah melahirkan bayi PEREMPUAN.

HUBUNGAN SEMANTIK DAN MAKNA
Hubungan Makna Dari Aspek Fonologi:
Dilihat  daripada segi hentian suara, nada suara, intonasi suara - dapat menimbulkan hubungan semantik di antara bahagian wacana intonasi peranan penting sebagai penanda dan pemisah frasa dan pembeza struktur ayat, contohnya seperti ayat di bawah:
1. Malaysia negara yang aman
a. Negara yang aman, Malaysia (ayat penyata)
b. Aman negara Malaysia?          (ayat tanya)

Hubungan Makna Dari Segi Leksikal
Berdasarkan   pemilihan dan penggunaan perkataan yang sesuai dengan makna yang ingin disampaikan
a. antonim : Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara
b. sinonim : Ali seorang yang rajin. Kegigihannya belajar membolehkan dia
                    melanjutkan pelajaran ke universiti
c. Hiponim: Dia menanam pokok melur, cempaka, bunga raya dan bunga
                    kertas di halaman rumahnya. Jadi halaman rumahnya nampak
               indah dengan pokok-pokok bunga tersebut.
d. Himonim: Bukit yang aku daki sebentar tadi sangat tinggi . Aku berasa letih kerana mengeluarkan banyak peluh sehingga badanku dipenuhi dengan daki.

Hubungan Makna Dari Segi Tatabahasa.
Wacana berkualiti mesti memperlihat hubungan berdasarkan binaan tatabahasa.
Dapat dilihat daripada penggunaan penanda gramatis seperti:
a. Kata hubung: menghubungkan di antara ayat dengan ayat atau perengan dengan perenggan yang lain.
i.           Berfungsi sebagai penghuraian: seterusnya, selain itu, pada sudut yang
     lain,
iii.           Berfungsi sebagai pengembangan idea: seperti, dan, tetapi, oleh itu, dan kerana
iv.           Berfungsi sebagai penambahan: sebelum, selepas, kemudian, berikutnya, pada masa, dan ketika itu
b. Kata rujukan : kata yang boleh menggantikan sesuatu, sama ada benda atau
manusia
i. Kata ganti nama : saya, dia, mereka, kami, kita, itu, ini, siapa dan lain-lain.
c. Peleburan dan penggantian: untuk mengelakkan pengulangan terhadap sesuatu maklumat daripada penyataan yang diberikan
contoh : Ali menendang bola dengan laju, manakala Hasan menendang dengan perlahan.

1 ulasan:

  1. salam puan. saya nak bertanya apa sumber rujukan bagi entri ini? saya perlukan sebab nak buat tugasan penterjemahan

    BalasPadam