Sabtu, 23 Mac 2013


Bidalan
ADAT PERIUK BERKERAK, ADAT LESUNG BERDEDAK
Maksud : Jika ingin akan kemewahan mestilah bersedia berusaha

ALUR BERTEMPUH, JALAN BERTURUT
Maksud : Melakukan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan yang lazim

BATU YANG SELALU BERGOLEK DALAM SUNGAI ITU TIADA DIHINGGAPI LUMUT
Maksud : Orang yang kerap bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan

BELAYAR BERNAKHODA, BERJALAN DENGAN YANG TUA, BERKATA DENGAN YANG PANDAI
Maksud : Lebih baik bekerja di bawah pimpinan ketua yang berpengalaman

BIAR BURUK KAIN DIPAKAI, ASAL PANDAI MENGAMBIL HATI
Maksud : Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia

BIAR DITELAN BUAYA, JANGAN DIPAGUT IKAN KECIL
Maksud : Biar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah kepada orang yang lemah

BIAR GENTING, JANGAN PUTUS
Maksud : Biar rugi sedikit daripada rugi banyak

BIAR JATUH TERLETAK, JANGAN JATUH TERHEMPAS
Maksud : Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat

BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT
Maksud : Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati

BIAR LUKA DI DADA, JANGAN LUKA DI BELAKANG
Maksud : Biar kalah selepas berlawan daripada kalah kerana melarikan diri

BIAR MATI DITANGKAP HARIMAU, JANGAN MATI DIGIGIT ANJING
Maksud : Kalah di tangan orang yang kuat lebih baik daripada kalah di tangan orang yang lemah

BIAR PECAH DI PERUT, JANGAN PECAH DI MULUT
Maksud : Menyimpan rahsia

BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH
Maksud : Lupakan perkara yang tidak baik dan ingat perkara yang baik sahaja

BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI-KALI
Maksud : Berbuat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dicuba.

BURUK DIBUANG DENGAN RUNDINGAN, BAIK DITARIK DENGAN MUAFAKAT
Maksud : Sesuatu masalah dapat diatasi jika pihak-pihak yang terlibat bersedia untuk beruding

DARIPADA BERSAHABAT DENGAN ORANG BEBAL, LEBIH BAIK BERSETERU DENGAN ORANG BERAKAL
Maksud : Bermusuh dengan orang pandai lebih elok daripada berkawan dengan orang yang bodoh

DARIPADA HIDUP BERCERMIN BANGKAI, LEBIH BAIK MATI BERKALANG TANAH
Maksud : Lebih baik mati daripada hidup menanggung malu dan kehinaan

DUDUK SEORANG BERSEMPIT-SEMPIT, DUDUK BANYAK BERLAPANG-LAPANG
Maksud : Pendapat ramai lebih baik daripada pendapat individu

ELOK BAHASAKAN BAKAL HIDUP, ELOK BUDIKAN BAKAL MATI
Maksud : Jika tutur katanya elok, seseorang itu akan disayang semasa ia hidup, jika budinya banyak, seseorang itu akan dikenang walaupun ia telah mati.

GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG
Maksud : Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekerjaan itu sehingga berjaya
HENDAK BELAJAR BERENANG DAPATKAN ITIK, HENDAK BELAJAR MEMANJAT DAPATKAN TUPAI
Maksud : Hendak mempelajari sesuatu bidang, belajarlah dengan orang yang mahir dalam bidang itu.

HUJAN TIDAK SEKALI JATUH, SIMPAI TIDAK SEKALI ERAT
Maksud : Sesetengah pekerjaan tidak mungkin dapat diselesaikan sekali gus

INGAT SEBELUM KENA, JIMAT (HEMAT) SEBELUM HABIS
Maksud : Hendaklah berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan habis harta
HUJAN TIDAK SEKALI JATUH, SIMPAI TIDAK SEKALI ERAT
Maksud : Sesetengah pekerjaan tidak mungkin dapat diselesaikan sekali gus

INGAT SEBELUM KENA, JIMAT (HEMAT) SEBELUM HABIS
Maksud : Hendaklah berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan habis harta

JALAN DI TEPI-TEPI, BENANG ARANG ORANG JANGAN DIPIJAK
Maksud : Kita hendaklah bersopan santun apabila berada di negara asing

JALAN PELIHARAKAN KAKI, BERKATA PELIHARAKAN LIDAH
Maksud : Berhati-hati dalam semua perkara

JANGAN BAWA RESMI JAGUNG, MAKIN BERISI MAKIN TEGAK
Maksud : Jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan

JANGAN DIPERLELARKAN TIMBA KE PERIGI, KALAU TAK PUTUS, GENTING
Maksud : Perbuatan yang tidak baik (jahat) jangan dibiasakan

JANGAN DITENTANG MATAHARI CONDONG, TAKUT TERTURUT JALAN TAK BERINTIS
Maksud : Jangan buat orang yang berkuasa marah kerana kita yang akan menanggung padahnya kelak.

KAIL PANJANG SEJENGKAL, JANGAN LAUTAN HENDAK DIDUGA
Maksud : Jangan lakukan apa-apa yang tidak mampu kita lakukan

KALAU DI BAWAH, MELOMPAT; KALAU DI ATAS, MENYUSUP
Maksud : Pandai menyesuikan diri dengan keadaan

LEMAK MANIS JANGAN DITELAN, PAHIT JANGAN DIMUNTAHKAN
Maksud : Jangan cepat percaya akan kata-kata manis orang dan jangan pula cepat menyanggah kata-kata kesat orang

MAMAH DULU BARU TELAN
Maksud : Melakukan sesuatu pekerjaan perlulah mengikut peraturannya

MENGAMBIL CONTOH KEPADA YANG SUDAH, MENGAMBIL TUAH KEPADA YANG MENANG
Maksud : Mengambil teladan yang baik daripada pengalaman lalu ketika membuat sesuatu kerja
ORANG TEMPANG JANGAN DICELA, INGAT-INGAT HARI BELAKANG
Maksud : Jangan mencela kesusahan yang dihadapi oleh orang lain kerana nasib diri sendiri tidak diketahui bentuknya
SEMPIT BERTIMPUH, LEGA BERLUNJUR
Maksud : Kita hendak menyesuaikan perbelanjaan dengan pendapatan
TERTUMBUK BIDUK DIKELOKKAN, TERTUMBUK KATA DIFIKIRI
Maksud : Kalau kita bertemu dengan jalan buntu dalam mengerjakan sesuatu, hendaklah kita cari jalan lain untuk mengatasinya 
YANG DIMAKAN RASA, YANG DILIHAT RUPA, YANG DIDENGA BUNYI
Maksud : Membuat kerja biarlah sempurna jadinya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan