Sabtu, 23 Mac 2013


Kata Penegas, Kata Nafi, dan Kata Pemeri

1.
Kata penegas, kata nafi dan kata pemeri merupakan antara
 jenis-jenis kata tugas.
2.
Kata penegas ialah kata  yang memberikan penekanan pada
 bahagian-bahagian
 tertentu dalam ayat.
3.
Contoh-contoh kata penegas adalah seperti -kah, -tah,  -lah,
  juga, jua, pun, sahaja, lagi dan memang.
4.
Perhatikan contoh penggunaan kata penegas dalam ayat-ayat 
yang berikut:
(a)    Siapakah yang datang itu?
(b)    Apatah nasib kita.
(c)     Pemuda itulah tunangnya.
(d)    Kami juga ingin ke sana.
(e)    Cikgu Halim pun turut serta dalam lawatan itu.
(f)       Hamid memang kuat makan.
(g)    Hujan masih belum berhenti lagi
 
5.
Kata nafi ialah kata yang menafikan atau menidakkan
 frasa-frasa
 predikat ayat.
6.
Ada dua bentuk kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
7.
Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa
 nama dan  frasa sendi nama.
 
Contoh:     
(a)     Rashidah bukan rakan sekelas saya. 
(b)     Hadiah ini bukan untuk saya. 
 
8.
Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja
 dan frasa adjektif.
Contoh: 
(a)     Ali tidak datang ke sekolah semalam. 
(b)     Tuduhannya itu tidak benar.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan