Khamis, 28 Mac 2013

Penjodoh Bilangan


Baris
Benda-benda atau manusia yang berbaris secara berderet seperti kerusi, meja, orang, pokok, kedai, ayat, askar , murid sekolah, dan sebagainya.
Batang
Benda lurus, panjang atau pendek, serta keras seperti sungai, pensel, kapur, lilin, tongkat, galah, gigi, pen, tiang, jalan, dan sebagainya.
Bentuk
Benda kecil yang bentuknya berkeluk atau melengkung seperti cincin, mata kail, subang dan sebagainga.
Berkas
Benda yang diikat bersama-sama atau sekumpul seperti kayu api, rotan, lidi, buluh, dan sebagainya.
Bidang
Benda luas, terbentang luas, rata atau lebar seperti tikar, permaidani, layar, sawah, tanah, kebun, kain khemah dan sebagainya.
Biji
Benda kecil, bulat, dan seakan-akan bulat seperti pinggan, periuk, cawan, gelas, telur, ketupat, batu, guli, besen, belon serta buah-buahan dan sayur-sayuran seperti labu, tomato, manggis dan sebagainya
Bilah
Benda tajam, runcing seperti pisau, jarum, golok, tombak, parang, lembing, kapak, gunting, sabit, keris, gergaji, pedang dan sebagainya.
Buah
Benda padu yang bentuk atau jenisnya tidak tentu seperti meja, rumah, kereta, komputer, negeri, negara, kamera, bangku, mesin pencetak, buku, kotak, dan sebagainya.
Buku
Benda yang keadaannya berketul, berbongkah, atau berbungkal seperti benang, keju, roti, sabun dan sebagainya.
Bungkus
Benda yang dalam keadaan berbungkus seperti roti, nasi , keropok, kacang dan sebagainya.
Butir
Benda yang kecil dan bulat seperti peluru, permata, manik, mutiara,  padi, beras dan sebagainya.
Cebis
Benda yang dikoyakkan, dipotong kecil-kecil dan mempunyai saiz yang lebih kecil seperti kain, kertas, dan sebagainya.
 Cubit
Benda yang diambil sedikit dengan jari seperti seperti garam, gula, kunyit dan sebagainya.
Cucuk
Benda yang dicucuk dengan lidi seperti sate, buah-buahan, bebola ikan dan sebagainya.
Das
Bunyi tembakan, letupan seperti pistol, senapang, meriam, dan sebagainya.
Deret
Benda-benda yang tersusun, bersambung, atau dalam barisan seperti rumah, kedai, bangunan, kereta dan sebagainya.
Ekor
Semua jenis binatang seperti lembu, kucing, ikan, burung, rusa, semut, cacing, bokbong dan sebagainya.
Gelung
Benda yang panjang atau tajam serta berlingkar dan bergulung seperti dawai, tali, rotan, wayar, dan sebagainya
Gemal
Benda yang dapat digenggam serta diberkas seperti lidi, anak padi, serai, dan sebagainya.
Gerombolan
Kumpulan orang jahat seperti perompak, pengganas, penyamun, penjenayah, pencuri, lanun dan sebagainya.
Gugus
Buah-buahan atau benda yang berangkai seperti anggur, langsat, rambai, pinang, kunci, pulau dan sebagainya.
Gulung
Benda yang panjang dan bergulung seperti filem, sijil, kertas, permaidani, tikar dan sebagainya.
Gumpal
 Benda yang bergumpal seperti awan, kapas, kekabu, tembakau, tanah, benang, rambut, dan sebagainya.
Helai
Benda nipis, lembut, serta lebar seperti kertas, baju, seluar,  kain, sejadah, tuala dan sebagainya.
Hidang
Makanan yang dihidang seperti lauk, kuih, nasi, buah-buahan, dan sebagainya.
Hiris
Benda yang telah dihiris atau dipotong nipis-nipis seperti bawang, halia, lada, timun, daging dan sebagainya.
 Ikat
Benda-benda yang diikat seperti sayur-sayuran, kayu, lidi, dan sebagainya.
Jambak
Sesuatu ikatan atau karangan bunga.
Kaki
Benda yang berkaki atau bertangkai seperti payung dan cencawan.
Utas
Benda yang panjang dan berangkai seperti rantai, tali, dawai, jam tangan dan sebagainya
Urat
Benda halus dan panjang sepert  rambut , benang, gelang getah dan sebagainya.
Untai
Benda berangkai atau di cucuk seperti , kalung, mercun, gelang dan sebagainya.
Ulas
Isi buah-buahan yang berulas seperti durian, nangka, cempedak, limau , manggis, langsat, dan sebagainya.
Tongkol
Tumbuhan yang buahnya bertongkol seperti jagung .
Titik
Cecair yang menitik  atau berbentuk titisan seperti air, darah, dakwat, embun, cat ,minyak dan sebagainya.
Timbun
Benda yang bertimbun seperti seperti pasir, tanah, batu, sampah, dan sebagainya
Teguk
Minuman yang dihirup
Tangkai
Benda yang bertangkai seperti buah, bunga, padi dan sebagainya.
Tandan
Buah-buahan yang bergugus atau bertandan seperti pisang, kelapa sawit, kelapa, nipah, kabung, dan sebagainya.
Sikat/sisir
Benda yang bergugus dan berbentuk sikat seperti pisang
Kalung
Benda yang berangkai seperti bunga, manik, mutiara, dan sebagainya.
Kandang
Kumpulan binatang di dalam kandang seperti kambing, lembu, biri-biri, kerbau dan sebagainya.
Kawan
Kumpulan haiwan yang hidupnya bergerak berkawan-kawan seperti burung, gajah, kuda, lebah, merpati dan sebagainya
Kayu
Benda yang banyak serta bergulung seperti kain , kertas dan sebagainya.
Kepal
Benda yang boleh dikepal atau disukat dengan genggaman seperti nasi, tanah, pulut, dan sebagainya.
Keping
Benda yang rata, nipis, pipih, lebar, serta leper seperti roti, gambar, papan, poskad, biskut, marmar, dan sebagainya.
Kepul
Benda yang bergumpal seperti awan, asap dan sebagainya
Ketul
Benda yang berketul-ketul dan padu seperti daging,  batu, arang, ais, tulang, sabun, dan sebagainya
Lingkar
Benda dalam keadaan bergulung seperti ular, rotan, ubat nyamuk, wayar dan sebagainya.
Naskhah
Bahan bercetak seperti surat khabar, majalah, skrip, buku dan sebagainya
Orang
Untuk manusia seperti gadis, posmen, doktor , angkasawan, guru, pengemis, dan sebagainya
Pasang
Benda yang berpasangan atau dalam bilangan dua seperti anting-anting,  kasut, stokin dan sebagainya.
Pasukan
Kumpulan orang yang berpakaian seragam seperti polis, bomba, pengakap, pemain bola dan sebagainya
Potong
Benda yang telah di potong seperti daging, roti, kuih, kek, ayat dan sebagainya
Pucuk
Untuk surat, rebung, jarum dan senjata api seperti pi
Puntung
Untuk bahagian atau  sebahagian benda yang masih menyala atau terbakar seperti kayu  api, rokok, dan sebagainya
Rangkap
Untuk puisi atau tulisan yang berangkap seperti pantun, syair, sajak, dan sebahaginya
Rawan
Benda yang bersirat, halus, dan labuh seperti jala, pukat, jaring sarang labah-labah dan sebagainya.
 Relung
Ukuran untuk tanah , sawah, bendang, dan sebagainya.
Ruas
Benda yang beruas-ruas seperti tebu, rotan, buluh, jari dan sebagainya.
Rumpun
Pokok-pokok yang tumbuh berumpun atau berkelompok seperti buluh, pandan, lalang, padi, serai, tebu dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan