Ayat Majmuk
Ayat Majmuk mencantumkan dua ayat tunggal.

Ayat Majmuk Gabungan
Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencatumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. (Nik Safiah Karim et. al: 2004:478).
Ayat Majmuk Gabungan mengabungkan dua ayat tunggal atau lebih. Ayat bersifat setaraf setaraf atau sama penting.

Ayat Majmuk Pancangan
Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat majmuk terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat-ayat itu tidak sama (Nik Safiah Karim et. al: 2004:483). Ayat Majmuk Pancangan terdiri daripada satu ayat induk dan satu atau lebih ayat kecil.

Ayat Majmuk Pancangan Jenis Relatif.
Ayat Majmuk Pancangan Jenis Relatif menggunakan kata hubung 'yang' untuk menyambungkan dua ayat itu.
Contoh:
1. Budak yang pandai itu adik Siti.

Ayat Majmuk Pancangan Jenis Komplemen
Ayat kecil dipancangkan ke dalam ayat induk.
Contoh:
1. Ketua Jabatan mencadangkan supaya permohonan itu diterima.
2. Pemberita itu menyatakan bahawa projek perumahan yang terbelangkalai itu
dipulihkan semula.
3. Ibu bapa datang ke sekolah untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Ayat Majmuk Pancangan Jenis Keterangan
Contoh:
1. Kamu akan mencapai cita-cita sekiranya kamu berusaha dengan tekun.
2. Mereka berdiri tegak apabila lagu kebangsaan dinyanyikan.
3. Murid itu lewat kerana ketinggalan bas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan