Kata Ganti Nama Diri Pertama (Tunggal)
Kata Ganti Nama Diri Pertama | Penggunaannya | Ayat Contoh |
Saya | Merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang yang baru dikenali atau orang lain. | Saya ingin melancong ke Medan pada tahun depan. |
Aku | Merujuk kepada diri sendiri apabila berlawan tutur dengan orang yang kita kenal rapat atau dengan Tuhan. | Aku akan datang ke rumah Ali jam 4.00 petang ini. |
Beta | Digunakan oleh raja, sultan atau kerabat raja. | “Beta perkenankan hasrat anakanda untuk pergi berburu,” titah Sultan. |
Daku | Digunakan dalam tulisan atau nyanyian, sajak sebagai objek kepada kata sendi atau kata kerja. | Dia meninggalkan daku disaat-saat aku memerlukannya. |
Patik | Digunakan oleh rakyat untuk merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan raja, sultan atau kerabat raja. | Segala titah perintah Tuanku patik junjung di bawah batu jemala patik. |
Hamba | Merujuk kepada diri sendiri pada zaman dahulu. | Hamba ini dagang merantau, ingin mencari sesuap nasi. |
Kata Ganti Nama Diri Pertama (Jamak)
Kata Ganti Nama Diri Pertama | Penggunaannya | Ayat |
Kami | Merujuk kepada diri sendiri termasuk rakan-rakan. | Kami sedang makan ketika kejadian itu berlaku. |
Kita | Merujuk kepada diri sendiri termasuk orang kedua. | Kita hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. |
Kata Ganti Nama Diri Kedua (Tunggal)
Kata Ganti Nama Diri Kedua | Penggunaannya | Ayat |
Awak | Digunakan untuk diri orang kedua yang amat rapat hubungannya dengan kita. | ‘”Saya hendak awak siapkan kertas kerja ini pada hari ini juga,” kata Tuan Ali kepada Hasnah. |
Kamu | Digunakan oleh orang yang lebih tua kepada orang yang lebih muda. | “Berhati-hatilah sewaktu kamu memandu,” pesan ayah kepada abang. |
Engkau | Digunakan untuk orang kedua yang rapat dengan kita atau dengan Tuhan. | Ya Allah, kepada Engkaulah aku berserah. |
Anda | Digunakan untuk orang kedua dalam situasi formal. | Anda hendaklah memakai pakaian kebangsaan apabila menghadiri jamuan itu. |
Saudara | Digunakan dalam situasi formal atau apabila baru mengenali seseorang. | Saudara hendak ke mana? |
Saudari | Digunakan dalam situasi formal atau apabila baru mengenali seseorang. | Siapa nama saudari? |
Tuan hamba | Digunakan dalam tulisan, drama pada zaman sekarang dan merujuk kepada orang kedua pada zaman dahulu. | Sudikanlah tuan hamba menjamah makanan ini? |
Kata Ganti Nama Diri Kedua (Jamak)
Kata Ganti Nama Diri Kedua | Penggunaannya | Ayat Contoh |
Kamu semua | Digunakan untuk orang kedua termasuk rakannya | . Kamu semua mesti datang tepat jam 7.00 pagi. |
Kalian | Digunakan untuk beberapa orang untuk diajak bercakap | Kalian perlu membantu mereka yang berada dalam kesusahan |
Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Kata Ganti Nama Diri Ketiga | Penggunaannya | Ayat contoh |
Ia | Penggunaannya sama dengan perkataan dia | Ia akan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. |
Dia | Digunakan untuk orang biasa atau rakan sebaya. | Dia masih berada di rumah. |
Beliau | Digunakan untuk orang yang berpangkat dan dihormati. | Beliau akan mengadakan lawatan kerja ke Selangor selama tiga hari. |
Baginda | Digunakan untuk kerabat raja | Baginda akan merasmikan bangunan baru itu. |
Mereka (jamak) | Digunakan untuk bilangan orang yang lebih daripada seorang. | Mereka akan mengadakan perjumpaan pada jam 8.00 pagi. |
Kata Ganti Nama Diri Singkat
Kata Ganti Nama Singkat | Penggunaannya | Contoh Ayat |
Kau | Diletakkan di awal perkataan sahaja. | Surat itu sudah kauambil semalam. |
Ku | Boleh diletakkan di awal perkataan dan di akhir perkataan. | Buku itu kuletakkan di atas meja. |
Perasaanku sedih mengenangkan perbuatannya. | Nya | Diletakkan di akhir perkataan sahaja. |
Kata Ganti Nama Tunjuk
Kata Ganti Nama Tunjuk | Penggunaannya | Contoh Ayat |
Ini | Digunakan untuk menunjukkan benda yang dekat. | Bangunan ini sangat tinggi. |
Itu | Digunakan untuk menunjukkan benda yang jauh. | Rumah itu sangat luas. |
Sana | Digunakan untuk menunjukkan tempat yang jauh. | Pencuri itu lari ke sana dengan membawa parang. |
Sini | Digunakan untuk menunjukkan tempat yang dekat. | Saya tinggal di sini sejak 20 tahun lalu. |
Situ | Digunakan untuk menunjukkan tempat yang tidak begitu jauh. | Jangan bermain di situ. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan