Sabtu, 27 November 2010

Kata Ganti Nama


Kata ganti nama merujuk sesuatu yang ditunjuk dan ganti nama diri sebagai ganti nama benda, orang, dan tempat.Terbahagi kepada  dua, iaitu ganti nama penunjuk dan ganti nama diri. Contoh kata ganti nama tunjuk ialah itu, ini, dan nun. Kata ganti nama diri terbahagikepada  dua, iaitu kata ganti nama diri tanya (siapa,apa, dan mana) dan kata ganti nama diri manusia. Kata ganti nama diri manusia dapat dipecahkan lagi kepada ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga.

 
Kata Ganti Diri Tanya
Penggunaannya
Ayat Contoh
Siapa
Merujuk kepada orang.
Siapa nama awak?
Apa
Merujuk kepada benda/perkara.
Apakah yang anda lihat?
Mana
Merujuk kepada benda/orang.
Mana perginya pen saya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan