Sabtu, 27 November 2010

Kata Nama Khas


Kata nama khas ialah kata yang khusus menamakan sesuatu dan dalam tulisan pangkal kata nama berkenaan ditulis  dengan huruf besar baik di permulaan ayat mahupun di tengah ayat. Kata nama khas boleh menamakan benda yang hidup sama ada manusia atau bukan manusia dan benda yang tidak hidup.

Kata Nama Khas
Jenis
Contoh
Ayat Contoh
Orang
Manusia
Ani, Ahmad,Suraya
Ani sangat cantik
Benda
Tak Hidup
Proton Waja, Bonia
Ayah baru menempah kereta Proton Waja.
Binatang
Hidup
Comel
Belang
Belang sangat manja dengan tuannya.
Tempat
Tak Hidup
Universiti Putra
Linda belajar di Universiti Putra.
Bangunan
Tak Hidup
Stadium Merdeka,
Angkasapuri
Perhimpunan itu diadakan di Stadiun Merdeka.
Negeri
Tak Hidup
Kelantan,
Kuala Lumpur
Amin menyertai rombongan ke Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan