Jumaat, 23 Disember 2011

Kata Bantu Aspek

Kata bantu aspek menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan, iaitu sama ada kerja itu akan, sedang, sudah, masih, baru, mula atau belum dilaksanakan.
Tergolong kepada tiga jenis aspek masa:
-          Sudah dilakukan:
Ø  Sudah, telah, pernah, baru.
-          Sedang dilakukan:
Ø  Sedang, masih, mula.
-          Belum dilaksanakan:
Ø  Belum, akan.
Contoh Ayat:-
-          Sudah dilakukan
Ø  Mereka sudah menonton cerita itu.
-          Sedang dilakukan
Ø  Ibu sedang memasak nasi.
-          Belum dilakukan
Ø  Murid itu akan menulis surat kepada ibunya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan