Jumaat, 23 Disember 2011

Kata Bantu Ragam


 Kata bantu ragam yang hadir sebelum kata kerja dalam frasa kerja ialah perkataan yang menerangkan ragam atau suasana perasaan sesuatu perbuatan itu dilakukan, misalnya sama ada seseorang itu mesti  melakukan, hendak melakukan, atau berkeupayaan  melakukan sesuatu perbuatan itu
Antara Kata Bantu Ragam jenis ini ialah:
Ø  Mungkin, hendak, mahu, harus, enggan, boleh, dapat, mesti, patut.
Contoh:
Ø  Encik karim hendak mengembara ke Afrika.
Ø  Kerani itu harus menyiapkan kerja dengan segera.
Boleh hadir bersama-sama:
-         Mungkin+dapat
Ø  Karim mungkin dapat lulus dengan cemerlang jika dia berusaha bersungguh-sungguh.
-         Patut+dapat
Ø  Kerajaan patut dapat menangani masalah pengangguran dengan lebih berkesan pada masa akan datang.
Tidak boleh hadir bersama-sama:
Ø  Hendak + mahu
Ø  Hendak  +harus
Ø  Mahu  +mesti
Ø  Mahu + dapat
Ø  Mesti + harus
Ø  Dapat  +hendak
Ø  Hendak + dapat
Kata bantu aspek tertentu boleh juga hadir bersama-sama kata bantu ragam secara berderetan, baik secara mendahului atau mengikutinya.
-         Kata bantu aspek+kata  bantu ragam
Ø  Karim sedang hendak ke bandar ketika kami sampai.
Ø  Dia belum hendak makan kerana masih kenyang.
-         Kata bantu ragam+kata bantu aspek
Ø  Mereka mesti akan datang lagi.
Ø  Pada waktu itu bapa mesti sudah ke pejabat.
Ø  Polis mesti telah menangkap pencuri itu sesudah mendapat maklumat.

4 ulasan: