KAEDAH MEMAHAMI MENGHAYATI
Kesusasteraan
Melayu sebagai salah satu daripada mata pelajaran yang tergolong dalam disiplin
ilmu kemanusiaan. Minat pelajar dapat dibentuk setelah memahami hakikat
kemanusiaannya.Sastera mampu mempengaruhi cara manusia berfikir tentang hidup
dan kehidupan Minat pembelajaran sastera, boleh ditingkatkan melalui kaedah
yang menarik
Mengikut
Kamus Dewan edisi keempat Dewan
Bahasa Dan Pustaka (1990) kaedah iaitu cara atau peraturan membuat sesuatu
terutamanya yang bersistem atau
biasa, mengajar cara mengajar
berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Manakala mengalami ialah merasai atau
menempuh kesusahan, kesulitan, perubahan dan lain-lain .
Menghayati
pula mengalami dan merasai (dalam batin). Meresapkan ke dalam jiwa. Dalam
kaedah mengalami dan menghayati pelajar dapat memperoleh pengalaman dalam
mengapresiasi sesuatu pembelajaran dan pengalaman dalam bentuk apresiasi
sastera.
Kaedah Memahami Dan Menghayati
i.
Kemampuan untuk menikmati karya sastera
- Kebolehan
pelajar-pelajar untuk mengalami dan
menghayati
- Karya
puisi atau sajak dinikmati dengan
cara mendeklamasinya
- Watak
difahami dan dilakonkan
- Pantun
dibacakan melalui aktiviti berbalas pantun
Secara
keseluruhannya kaedah mengalami dan menghayati begitu abstrak dalam erti kata
melibatkan:
i.
Pengetahuan
ii. kejiwaan
iii. emosi[luaran
dan dalaman]
iv. penghargaan
dan sebagainya.
Konsep Kaedah Memahami Dan Menghayati
i.
Merupakan jalan, cara, susunan, proses dan
prosedur pengajaran yang teratur
ii.
Kaedah merupakan proses memindahkan kefahaman
itu kepada pelajar- pelajar.
iii.
Kaedah ini diperhalus dalam bentuk jalan,
cara, susunan, proses dan prosedur yang mengandungi langkah-langkah pengajaran.
iv.
Hendaklah
mampu merasai sesuatu perasaan atau pandangan dan memberi pandangan atau
penilaiannya sendiri
v.
Kaedah mengalami dan menghayati menekankan
‘penikmatan
vi.
Pendapat Goodman (1962) mengsyorkan supaya sesuatu pengalaman dikaji mengikut apa yang ditanggapi oleh
pembaca sendiri.
vii.
Menurut beliau, tiap-tiap individu mempunyai
pengalaman yang tersendiri, iaitu hasil daripada himpunan pengalaman yang dilaluinya dan
nilai-nilai pengalaman itu sendiri.
viii.
Ciri-Ciri
Yang Terdapat Dalam Kaedah Memahami-Menghayati
i.
Berasaskan kepada matlamat penghayatan atau
penikmatan terhadap karya sastera. Oleh itu pelajar-pelajar dibawa menghayati
keindahan karya terlebih dahulu sebelum mereka mengkaji aspek-aspek penting
yang membentuk sesebuah karya.
ii.
Kajian terhadap karya sastera oleh
pelajar-pelajar memerlukan pembacaan yang rapi, di mana pelajar perlu menyelami
isi karya dengan mendalam.
iii.
Walaupun pengajaran-pengajaran bersifat
induktif tetapi cenderung kepada induktif berpandu. Oleh itu pelajar-pelajar
dibimbing oleg guru .
iv.
Pengajaran dan pembelajaran memerlukan
penglibatan pelajar-pelajar secara meluas. Pelajar-pelajar dilatih menjalankan
aktiviti-aktiviti sendiri serta
Aplikasi Kaedah Mengalami-Menghayati Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sastera Sastera.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
sastera dalam kelas melalui kaedah mengalami-menghayati boleh diaplikasikan
melalui:
i. Puisi
Tradisional
ii. Puisi
Moden
iii. Novel
iv. Cerpen
v. Drama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan