TEKNIK
KERUSI PANAS
Kerusi
panas(hot sitting) ialah satu teknik dalam latihan asas penghayatan watak dan
perwatakan. Teknik ini sering digunakan dalam latihan asas teater untuk membuat
justifikasi tentang perwatakan sesuatu peranan yang dilakonkan. Biasanya
pelakon akan diberikan satu peranan (berdasarkan skrip) dan pelakon akan cuba
mengimaginasikan gaya atau aksi watak tersebut dalam semua aspek seperti cara
bercakap, cara berjalan, pemikirannya atau seumpamanya. Pelakon juga
dikehendaki mengkaji berapakah umur, watak, gambaran fizikalnya dan bagaimanakah
dia bertindak. Dalam aktiviti kerusi panas, kita boleh melihat pelbagai aspek
pada diri watak yang dikaji berdasarkan teks yang disediakan.
Langkah pelaksanaan teknik
kerusi panas.
i.
Guru memilih seorang murid yang akan
memainkan peranan watak sipenjaga panggung dalam cerpen idola.
ii.
Murid yang dipilih dikehendaki duduk di atas
kerusi di hadapan kelas, menghadap pelajar lain.
iii.
Beberapa orang murid mengemukakan soalan
kepada si penjaga panggung berdasarkan peranannya sebagai watak utama dalam
novel tersebut dan si penjaga panggung menjawab secara spontan. Semasa sesi
penyoalan ini guru mengawal kelas dan menghentikan apabila masa cukup.
iv.
Guru
merumuskan watak dan perwatakan si penjaga panggung.
7.1 Cara Pelaksanaan Aktiviti Kerusi Panas
i.
Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan.
ii.
Setiap kumpulan dibahagikan tugas untuk
membincangkan watak dan pereatakan yang telah ditetapkan iaitu watak dan
perwatakan si penjaga panggung untuk kumpulan 1, watak dan perwatakan isteri
untuk kumpulan 2, dan watak dan perwatakan hero untuk kumpulan 3.
iii.
Setiap kumpulan diminta membina soalan untuk
diajukan kepada wakil kumpulan yang memegang watak yang telah ditetapkan.
iv.
Setelah soalan disiapkan, seorang wakil
diminta duduk di kerusi dihadapan kelas. Manakala ahli kumpulan yang lain akan
mengajukan soalan kepadanya tentang watak dan perwatakan dan dia akan
menjawabnya secara spontan. Di samping itu, ahli kumpulan dibenarkan untuk
menyoal.
v.
Jika pemegang watak tidak menjawab,
rakan-rakan dalam kumpulan tersebut boleh membantu. Ketika ini rakan yang
menonton akan mencatat watak dan perwatakan dalam lembaran grafik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan