ž Mengetahui keupayaan, kemahiran atau
pengetahuan asas sedia ada pelajar dalam perkara-perkara yang hendak di
ajar.Daripada ujian , guru dapat merancang dan merancang pengajaran yang
seterusnya.Hasil ujian tersebut dapat memberikan gambaran kepada guru tentang
keupayaan pelajar mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran.
ž Menolong guru mengetahui
sejauhmanakah pelajar mereka dapat menguasai atau mempelajari perkara yang
telah di sampaikan.
ž Membandingkan pencapaian pelajar
dengan rakan sekelas atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.
ž Membandingkan tingkat pencapaian
pelajar atau sesuatu bidang subjek dengnan bidang yang lain bagi melihat
kelemahan dan kelebihan pelajar atau sesuatu bidang maklumat ini digunakan
untuk kerja-kerja.
ž Mengenal pasti pelajar yang tinggi
dan amat lemah keupayaannya bagi menentukan kerja-kerja pemulihan dan
pengayaan.
ž Membuat jangkaan terhadap potensi
atau bakat pembelajaran pelajar agar dapat menentukan arah dan jenis pendidikan
pelajar bagi menyalurkan mereka ke jurusan-jurusan tertentu seperti jurusan
sains, sastera dan teknikal.
ž Membolehkan guru menilai bahan,
teknik dan kaedah pengajaran mereka sebagai asas meningkatkan pengajaran mereka
ž Pelajar mengetahui kelemahan mereka
atau sesuatu kemahiran atau bidang dan segera pula membaikinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan