Isnin, 29 April 2013


AYAT PASIF

            Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta kata sendi oleh.
Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.
1     Kerja sekolah itu telah saya siapkan.
2     Perhatian mesti kami tumpukan apabila guru
3     Menulis Jawi perlu kamu ajar Siti.mengajar.
4     Kayu api itu dibelah oleh ayah.
5     Tikar sedang dianyam oleh mereka

Jenis-jenis Ayat Pasif

a.    Ayat Pasif  Diri Pertama
              i.        Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang dalamnya terdapat kata ganti nama diri pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan sebagainya.
            ii.        Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini:
      (a)       Almari itu saya buat.
      (b)       Tugas itu akan kita siapkan esok.
      (c)        Jambatan itu kami robohkan.

b.    Ayat Pasif  Diri Kedua
             i.        Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua seperti awak, kamu, anda, dan sebagainya.
            ii.        Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini:
      (a)  Pagar itu hendaklah kamu cat.
      (b)  Pakaian kotor hendaklah awak rendam.
      (c)  Kira jumlah markah yang anda peroleh.

c.    Ayat Pasif  Diri Ketiga
(a)  Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga seperti dia, beliau, mereka, dan sebagainya.
(b)  Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini:
a.    Dahan pokok rambutan itu dicantas oleh mereka.
b.    Pintu bilik itu dibaiki oleh Maniam.
c.    Bas sekolah itu dipandu olehnya/dia.

  Nota: Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri ketiga bentuknya berbeza daripada ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan