Ahad, 28 April 2013


KAEDAH MEMAHAMI MENGHAYATI
Kesusasteraan Melayu sebagai salah satu daripada mata pelajaran yang tergolong dalam disiplin ilmu kemanusiaan. Minat pelajar dapat dibentuk setelah memahami hakikat kemanusiaannya.Sastera mampu mempengaruhi cara manusia berfikir tentang hidup dan kehidupan Minat pembelajaran sastera, boleh ditingkatkan melalui kaedah yang menarik  
Mengikut Kamus Dewan edisi keempat Dewan Bahasa Dan Pustaka (1990) kaedah iaitu cara atau peraturan membuat sesuatu terutamanya yang bersistem atau  biasa,  mengajar cara mengajar berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Manakala mengalami ialah merasai atau menempuh kesusahan, kesulitan, perubahan dan lain-lain .
Menghayati pula mengalami dan merasai (dalam batin). Meresapkan ke dalam jiwa. Dalam kaedah mengalami dan menghayati pelajar dapat memperoleh pengalaman dalam mengapresiasi sesuatu pembelajaran dan pengalaman dalam bentuk apresiasi sastera.
Kaedah Memahami Dan Menghayati
i.      Kemampuan untuk menikmati karya sastera
  1. Kebolehan pelajar-pelajar untuk mengalami  dan  menghayati
  2. Karya puisi atau sajak dinikmati dengan  cara mendeklamasinya
  3. Watak difahami dan dilakonkan
  4. Pantun dibacakan melalui aktiviti berbalas pantun
Secara keseluruhannya kaedah mengalami dan menghayati begitu abstrak dalam erti kata melibatkan:
i.         Pengetahuan
ii.       kejiwaan
iii.      emosi[luaran dan dalaman]
iv.      penghargaan dan sebagainya.
Konsep Kaedah Memahami Dan Menghayati
      i.        Merupakan jalan, cara, susunan, proses dan prosedur pengajaran yang   teratur
    ii.        Kaedah merupakan proses memindahkan kefahaman itu kepada pelajar- pelajar.
   iii.        Kaedah ini diperhalus dalam bentuk jalan, cara, susunan, proses dan prosedur yang mengandungi langkah-langkah pengajaran.
   iv.        Hendaklah  mampu merasai sesuatu perasaan atau pandangan dan memberi pandangan atau penilaiannya sendiri
    v.        Kaedah mengalami dan menghayati menekankan ‘penikmatan
   vi.        Pendapat Goodman (1962)   mengsyorkan supaya sesuatu pengalaman dikaji mengikut apa yang ditanggapi oleh pembaca sendiri.
  vii.        Menurut beliau, tiap-tiap individu mempunyai pengalaman yang tersendiri, iaitu hasil daripada himpunan pengalaman yang  dilaluinya dan  nilai-nilai pengalaman itu sendiri.
viii.                      
Ciri-Ciri Yang Terdapat Dalam Kaedah Memahami-Menghayati
i.              Berasaskan kepada matlamat penghayatan atau penikmatan terhadap karya sastera. Oleh itu pelajar-pelajar dibawa menghayati keindahan karya terlebih dahulu sebelum mereka mengkaji aspek-aspek penting yang membentuk sesebuah karya.
ii.             Kajian terhadap karya sastera oleh pelajar-pelajar memerlukan pembacaan yang rapi, di mana pelajar perlu menyelami isi karya dengan mendalam.
iii.            Walaupun pengajaran-pengajaran bersifat induktif tetapi cenderung kepada induktif berpandu. Oleh itu pelajar-pelajar dibimbing oleg guru .
iv.           Pengajaran dan pembelajaran memerlukan penglibatan pelajar-pelajar secara meluas. Pelajar-pelajar dilatih menjalankan aktiviti-aktiviti sendiri serta

Aplikasi  Kaedah Mengalami-Menghayati  Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sastera Sastera.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran sastera dalam kelas melalui kaedah mengalami-menghayati boleh diaplikasikan melalui:
i.      Puisi Tradisional
ii.    Puisi Moden
iii.   Novel
iv.   Cerpen
v.    Drama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan