Sabtu, 27 April 2013


TUJUAN PENGUJIAN
ž  Menentukan perubahan tingkahlaku  pelajaran.
ž  Menentukan pencapaian pelajaran dan pembelajaran yang tertentu.
ž  Menempatkan pelajar dalam kumpulan yang sesuai mengikut keputusan pengujian.
ž  Menggalakan pelajar mengulangkaji pelajarannya.
ž  Melatih pelajar sebagai persediaan untuk peperiksaan awam yang akan datang.

Tujuan Pengukuran
ž  Menentukan tahap pencapaian dan kedudukan di antara pelajar
ž  Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar dalam matapelajaran yang tertentu atau keseluruhan pencapaian akedemiknya.
ž  Pengkelasan dan menempatkan pelajar dalam jurusan kurikulum yang sesuai.
ž  Untuk membuat analisa, pentafsiran dan rumusan dalam sesuatu penyelidikan daripada keputusan pengkuran.
ž  Untuk pensijilan sebagai tahap pencapaian akademik dalam sesuatu peringkat persekolahan
ž  Sebagai rujukan kriteria bagi pihak yang berkenaan untuk tujuan tertentu.

Tujuan Penilaian
ž  Mengumpul maklumat tentang pencapaian pelajar selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya membuat pentaksiran dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
ž  Menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pelajaran sesuatu kemahiran supaya merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan.
ž  Menentukan kesan pengujian guru untuk merancang strategi pengujian yang lebih berkesan.
ž  Menentukan pencapaian objektif pelajaran yang ditetapkan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.
ž  Merekod keputusan penilaian dalam rekod prestasi dan rekod profil untuk dirujuk oleh pihak-pihak yang berkenaan.
ž  Menilai keberkesanan pelaksanaan sesuatu program baru selepas program KBSR atau  KBSM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan