Sabtu, 27 April 2013

Kepentingan Penilaian Ujian Dalam Bilik Darjah

ž  Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas sedia ada pelajar dalam perkara-perkara yang hendak di ajar.Daripada ujian , guru dapat merancang dan merancang pengajaran yang seterusnya.Hasil ujian tersebut dapat memberikan gambaran kepada guru tentang keupayaan pelajar mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran.
ž  Menolong guru mengetahui sejauhmanakah pelajar mereka dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah di sampaikan.
ž  Membandingkan pencapaian pelajar dengan rakan sekelas atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.
ž  Membandingkan tingkat pencapaian pelajar atau sesuatu bidang subjek dengnan bidang yang lain bagi melihat kelemahan dan kelebihan pelajar atau sesuatu bidang maklumat ini digunakan untuk kerja-kerja.
ž  Mengenal pasti pelajar yang tinggi dan amat lemah keupayaannya bagi menentukan kerja-kerja pemulihan dan pengayaan.
ž  Membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pembelajaran pelajar agar dapat menentukan arah dan jenis pendidikan pelajar bagi menyalurkan mereka ke jurusan-jurusan tertentu seperti jurusan sains, sastera dan teknikal.
ž  Membolehkan guru menilai bahan, teknik dan kaedah pengajaran mereka sebagai asas meningkatkan pengajaran mereka
ž  Pelajar mengetahui kelemahan mereka atau sesuatu kemahiran atau bidang dan segera pula membaikinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan