Sabtu, 13 April 2013

Linguistik Gunaan



Linguistik gunaan merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran bahasa tetapi hasil-hasil penyelidikan linguistik juga telah digunakan untuk banyak bidang yang lain. Banyak bidang linguistik gunaan pada hari ini melibatkan penggunaan komputer secara eksplisit.

Sebagai contoh apabila seorang pengkaji itu cuba, apatah lagi berusaha, menggunakan teori linguistik itu untuk menyatakan sumbangannya terhadap bidang-bidang ilmu lain, maka teori linguistiknya akan seharusnya bersifat amalan bagi membantu bidang lain.

Dalam hal ini,linguistik teoritis telah berpindah pengertiannya menjadi linguistik gunaan.  Linguistik gunaan merujuk kepada penggunaan  penyelidikan linguistik dalam pengajaran bahasa, tetapi hasil            penyelidikan linguistik juga telah    digunakan untuk pelbagai bidang yang lain.

Kesimpulannya, linguistik gunaan merupakan bahasa yang digunakan dalam pengajaran bahasa dan ia diguna pakai oleh masyarakat dan orang ramai. Ia juga saling berhubung antara fikiran dan tanggapan dalam otak si penutur bahasa yang telah dipelajarinya.

Jadi,boleh dikatakan, linguistik gunaan mempunyai cabang di bawahnya iaitu bidang psikolinguistik dan sosiolinguistik. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan