Ahad, 28 April 2013


TEKNIK KERUSI PANAS
Kerusi panas(hot sitting) ialah satu teknik dalam latihan asas penghayatan watak dan perwatakan. Teknik ini sering digunakan dalam latihan asas teater untuk membuat justifikasi tentang perwatakan sesuatu peranan yang dilakonkan. Biasanya pelakon akan diberikan satu peranan (berdasarkan skrip) dan pelakon akan cuba mengimaginasikan gaya atau aksi watak tersebut dalam semua aspek seperti cara bercakap, cara berjalan, pemikirannya atau seumpamanya. Pelakon juga dikehendaki mengkaji berapakah umur, watak, gambaran fizikalnya dan bagaimanakah dia bertindak. Dalam aktiviti kerusi panas, kita boleh melihat pelbagai aspek pada diri watak yang dikaji berdasarkan teks yang disediakan.
Langkah pelaksanaan teknik kerusi panas.
i.              Guru memilih seorang murid yang akan memainkan peranan watak sipenjaga panggung dalam cerpen idola.
ii.            Murid yang dipilih dikehendaki duduk di atas kerusi di hadapan kelas, menghadap pelajar lain.
iii.           Beberapa orang murid mengemukakan soalan kepada si penjaga panggung berdasarkan peranannya sebagai watak utama dalam novel tersebut dan si penjaga panggung menjawab secara spontan. Semasa sesi penyoalan ini guru mengawal kelas dan menghentikan apabila masa cukup.
iv.           Guru  merumuskan watak dan perwatakan si penjaga panggung.

7.1       Cara Pelaksanaan Aktiviti Kerusi Panas
i.              Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan.
ii.            Setiap kumpulan dibahagikan tugas untuk membincangkan watak dan pereatakan yang telah ditetapkan iaitu watak dan perwatakan si penjaga panggung untuk kumpulan 1, watak dan perwatakan isteri untuk kumpulan 2, dan watak dan perwatakan hero untuk kumpulan 3.
iii.           Setiap kumpulan diminta membina soalan untuk diajukan kepada wakil kumpulan yang memegang watak yang telah ditetapkan.
iv.           Setelah soalan disiapkan, seorang wakil diminta duduk di kerusi dihadapan kelas. Manakala ahli kumpulan yang lain akan mengajukan soalan kepadanya tentang watak dan perwatakan dan dia akan menjawabnya secara spontan. Di samping itu, ahli kumpulan dibenarkan untuk menyoal.
v.            Jika pemegang watak tidak menjawab, rakan-rakan dalam kumpulan tersebut boleh membantu. Ketika ini rakan yang menonton akan mencatat watak dan perwatakan dalam lembaran grafik.
                

Tiada ulasan:

Catat Ulasan